Like FB

Monday 15 September 2014

Menakjubkan tentang Lalat - Hadith yang telah di buktikan melalui sains

Lalat merupakan sejenis serangga yang boleh terbang. Lalat makan dengan cara memuntahkan air liurnya keluar dan menyerap kembali makanan yang separuh hadam masuk kedalam perutnya dengan menggunakan belalainya.
Masih ingatkah sebuah hadis Nabi Muhammad S.A.W berkenaan lalat kira-kira 1400 tahun lalu ?

Dari Abi Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud: "Apabila lalat jatuh ke dalam minuman salah seorang di antara kamu maka rendamkanlah lalat itu kemudian buanglah. Kerana pada salah satu sayapnya terdapat penyakit dan pada sayap yang lain terdapat ubat."

1300 tahun kemudian iaitu tahun 1871, Prof. Brefild, Ilmuwan Jerman dari Universiti Hall menemui mikroorganisma jenis Fitriat yang diberi nama Ambaza Mouski dari golongan Antomofterali. Mikroorganisma ini hidup di bawah tingkat zat minyak di dalam perut lalat.


Ambaza Mouski ini berkumpul di dalam sel-sel sehingga membentuk kekuatan yang besar. Kemudian sel-sel itu akan pecah dan mengeluarkan sitoplasma yang dapat membunuh kuman-kuman penyakit. Sel-sel tersebut terdapat di sekitar bahagian ke tiga dari tubuh lalat, iaitu pada bahagian perut dan ke bawah.
"Pada sebelah sayapnya mengandungi penyakit.." Kenyataan ini dibuktikan apabila pada tahun 1929, H.Y. Yao, Yuan dan D.Huie mengkaji lalat-lalat di Beijing. Mereka mendapati luarannya mengandungi lebih kurang 3,683,000 kuman bakteria dan dalamanya pula mengandungi 6~8 kali ganda kuman berbanding di bahagian luarannya. Hal ini disebutkan dalam buku Insect Immunology oleh Edward A. Steinhaus terbitan New York.

Pada tahun 1947, Ernestein dari England juga menyelidiki tentang Fitriat pada lalat ini. Hasil penyelidikannya menyimpulkan bahwa fitriat tersebut dapat memusnahkan pelbagai bakteria.

Tahun 1950, Roleos dari Switzerland juga menemui mikroorganisma ini dan memberi nama Javasin. Para peneliti lain iaitu Prof. Kock, Famer (England), Rose, Etlengger (Jerman) dan Blatner (Switzerland) melakukan penyelidikan dan membuat kesimpulan yang sama tentang mikroorganisma pada lalat sekaligus membuktikan bahawa pelbagai penyakit dan bakteria pada lalat hanya terdapat pada hujung kakinya saja dan bukan pada seluruh badannya.



"Dan pada sebelah lagi sayap (lalat) adanya penawar.." : Mikroorganisma yang dapat membunuh kuman itu tidak dapat keluar dari tubuh lalat kecuali setelah disentuh oleh benda cair. Cairan ini dapat menambah tekanan pada sel-sel yang mengandungi mikroorganisma penolak kuman sehingga pecah dan memercikkan mikroorganisma istimewa ini. 

Maka adalah logik apabila ingin mengeluarkan mikroorganisma penolak kuman dari badan lalat, badannya harus dibasahkan -menyelupkan lalat yang jatuh tersebut sebelum membuangnya dan air yang menjadi tempat pendaratan lalat tadi dapat diminum dengan selamat. 

Subhanallah betapa hebatnya Junjungan kita, Nabi Muhammad.. dari manakah beliau perolehi pengetahuan sebegini 1400 tahun lalu kalau tidak dari Sang Pencipta - Allah tuhan yang kita sembah.

Sumber: Maklumat ini diperolehi dari sumber internet


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...