Like FB

Saturday 27 September 2014

Pindah milik hartanah kepada Waris


Oleh:
Salkukhairi Abd Sukor
Peguam Hartanah
Kepada orang awam, tahukah anda yg anda boleh lakukan sendiri urusan pindahmilik hartanah kpd waris anda (spt isteri, suami, anak, ibu bapa,dsbg) tanpa perlu menggunakan khidmat peguam DENGAN SYARAT:-
1. Pemberi Pindah Milik (PPM) adalah tuan punya berdaftar hartanah tersebut. Dalam erti kata lain, dalam geran tertulis nama PPM sebagai tuan punya berdaftar. Sekiranya dlm geran masih lagi nama org lain dan bukannya nama PPM maka khidmat nasihat peguam adalah diperlukan.

2. Hartanah tersebut bebas drpd sebarang halangan (free from all encumbrances). Misalnya Hartanah tersebut tidak digadaikan kpd mana2 bank atau bebas drpd sebarang kaveat oleh mana-mana pihak. Jika hartanah tersebut terdapat sebarang halangan, maka sila dapatkan nasihat dan khidmat peguam utk menyelesaikannya.

3 Urusan pindah milik tersebut tidak melibatkan transaksi jual beli di antara PPM dan Penerima Pindah Milik (PNPM). Jika melibatkan urusan jual beli, satu perjanjian jual beli perlulah disediakan. Dan adalah digalakkan perjanjian itu disediakan oleh peguam.

4. Balasan pindah milik adalah atas dasar “balasan kasih sayang” semata2 dan tidak melibatkan balasan wang ringgit.

Bagaimanakah langkah2 yg perlu diambil utk melaksanakan urusan p.milik tersebut?

1. Sila lihat dlm geran hartanah, sekiranya hartanah tersebut tertakluk kpd sekatan ie, misalnya dalam geran ditulis “Tidak boleh dipindahmilik..melainkan mendapat kebenaran bertulsi drpd drpd menteri Besar atau Pihak Berkuasa Negeri atau Pengarah Tanah dan Galian terlebih dahulu, maka sebelum p.milik boleh dilakukan, PPM hendaklah terlebih dahulu submit permohonan kebenaran p.milik (consent) tersebut di pejabat tanah.
Caranya, dptkan borang consent di pejabat tanah dan isi segala maklumat yg dikehendaki dlm borang tersebut dgn menggunakan pen dakwat cair warna hitam. Lampirkan dokumen2 sokongan yg diperlukan semasa submit permohonan tersebut di pejabat tanah. Diantara dokumen2 sokongan yg diperlukan spt salinan ic PPM, PNPM, salinan asal carian rasmi , salinan resit cukai tanah tahun terkini, salinan surat nikah (jika suami isteri), salinan surat beranak (jika anak/ibu bapa/ adik beradik), dan salinan geran hartanah.

2. Setelah consent diperolehi, sila dptkan/ beli Borang Pindahmilik (Borang 14A) daripada pejabat tanah danisi segala maklumat yg dikehendaki di dlm borang pindahmilik tersebut. Sekiranya anda tidak pasti bagaimanakah cara utk mengisi Borang 14a tersebut, sila dptkan bantuan drpd kerani yg bertugas di kaunter pendaftaran pejabat tanah, atau kebiasaannya, sampel borang tersebut ditampal di notice board di bahagian pendaftaran pejabat tanah. Ikut sahaja sampel tersebut.

3. Selepas diisi sepenuhnya, kedua2 PPM dan PNPM hendaklah menurunkan t.tgn dlm Borang P.milik (Borang 14A) tersebut dihadapan Penolong Pentadbir Tanah (ADO) sbg saksi. Anda juga boleh mintak bantuan peguam sebagai saksi utk t.tgn borang p.milik tersebut, tetapi kebiasaannya peguam akan kenakan sedikit charge perkhidmatan sebanyak RM50 (maksimum) utk setiap penyaksian yg dibuat.

4. Selepas itu, sila submit permohonan adjudikasi (penilaian duti setem p.milik) di Unit Stamping, Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Anda boleh lakukan sama ada secara manual atau secara online. Utk proses secara manual anda kena isi borang yg disediakan di kaunter stamping dan sila sertakan sekali bersama2 borang permohonan tersebut dokumen2 sokongan yg diperlukan spt salinan geran hartanah, salinan borang p.milik yg telah ditandatanagn dan disaksikan, salinan ic PPM & PNPM, salinan surat beranak/ salinan sijil nikah PPM & PNPM, salinan surat consent dll dokumen sokongan yg diperlukan oleh LHDN. Sekiranya anda submit secara online, boleh layari www.hasil.gov.my/stamp. Anda perlu mendaftar terlebih dahulu utk membolehkan anda log in dalam web site tersebut. Dokumen2 sokongan yg diperlukan hendaklah discan dan diupload di dlm page yg disediakan.

5. Biasanya dlm tempoh 8 hari bekerja, LHDN akan hantar kpd anda Notis Taksiran Duti Stem yg menjelaskan ttg berapa banyakkah duti stem p.milik yg anda kena bayar. Duti Stem yg dikenakan adalah mengikut nilai pasaran semasa hartanah tersebut. Nilai pasaran tersebut ditentukan oleh Pejabah Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta (JPPH), dimana JPPH akan memaklumkan kpd LHDN ttg berapakah nilaian semasa hartanah yg hendak dipindah milik tersebut. Bedasarkan kpd itulah LHDN akan tentukan berapakah duti stem p.milik yg dikenakan kpd anda. Semakin tinggi nilai pasaran semasa hartanah tersebut, maka semakin tinggilah duti stem yg dikenakan.

6. Anda mempunyai masa selama 30 hari utk menjalaskan bayaran duti stem p.milik tersebut di LHDN. Sekiranya gagal, anda akan dikenakan penalty atas kelewatan bayaran tersebut. Selepas bayaran dibuat Sijil Bayaran Duti Stem P.milik akan dikeluarkan oleh LHDN dan ianya perlu dilampirkan sekali di dalam Borang Pindah milik tersebut.

7. Setelah itu, bolehlah anda uruskan pendaftaran p.milik di pejabat tanah. Diantara dokumen2 yg anda perlukan untuk masuk permohonan pendaftaran p.milik adalah spt berikut:-
a. Salinan IC PPM & PNPM & salinan surat beranak/ sijil nikah (jika berkenaan)
b. Borang P.milik yg telah dimati stem (diadjudikasi)
c. Geran Hartanah yg asal
d. Resit Asal bayaran cukai tanah dan cukai pintu tahun terkini (jika rumah/ kedai)
e. Sijil Bayaran Duti Stem P.milik
f. Notis Taksiran Duti Stem P.milik
g. Salinan Asal Surat Consent P.milik
h. Fee pemprosesan (berbeza beza mengikut negeri masing2)

8. Setelah permohonan p.milik didaftarkan oleh pejabat tanah, pejabat tanah akan keluarkan geran asal yg baru yg telah dipindahmilik kpd nama PNPM. Tempoh proses pengeluaran geran asal yg baru berbeza2 mengikut negeri masing2. Paling lama mungkin ambil masa dalam 2 minggu. Ada sesetengah negeri dlm masa 1 jam dah siap geran baru.

Maka selepas dpt geran asal yg baru, selesailah sudah proses p.milik hartanah kpd waris anda. Mudah dan jimat bukan?
Selamat mempraktiskannya..

Friday 19 September 2014

Kelebihan buat Blog

Assalamualaikum dan salam sejahtera apa khabar sihat dan sudah makan atau belum?, nanti saya belanja atau awak pergi ke Restoran Mak limah sebut nama blog DaddyDatul nanti dia bagilah percuma tu hehe gurau.

Hari ini saya akan terangkan kepada anda kelebihan mempunyai Blog tersendiri, sebelum anda buka blog sendiri pastikan terlebih dahulu anda tentukan blog anda berkaitan apa, contoh berkaitan melancong, kongsi kisah kehidupan harian, kongsi hobi, perniagaan dan macam2 lagi yang anda boleh buat dengan blog ni, blog daddydatul ni dia tak tetap pendirianya semua saya kongsi selagi untuk kebaikan dan tidak memudaratkan kehidupan peribadi saya sendiri.

Salah satu kelebihan anda mempunyai blog sendiri, boleh menjana pendapatan yang tidak memerlukan modal 1 sen pun dengan hanya kita membenarkan iklan-iklan dari syarikat yang menyediakan perkhidmatan iklan di media maya seperti Nuffang.com ataupun kita join dengan sistem Affilate di Ashadee.com. Anda juga boleh menyediakan ruang untuk iklan kepada sesiapa sahaja mereka yang berminat pasang iklan di blog anda.

Dengan 1 syarat untuk menjadikan blog anda mampu menjana pendapatan blog anda mesti lah mempunyai pelawat yang ramai, untuk mencari pelawat yang ramai anda rajin-rajinlah menulis dalam blog berkaitan apa sahaja contoh cerita pasal petua, cerita pasal komputer, cerita pasal bola ataupun cerita pasal isu semasa.

Apabila anda sentiasa menulis dalam blog ni, carian google akan masukkan blog anda dalam list mereka barulah ramai pelawat, contoh anda cari sesuatu bahan berkaitan kelebihan buat blog di www.google.com menggunakan perkataan buat blog inshaa Allah blog anda akan tersenarai sebagai bahan rujukan mereka.

Ini nasihat saya sebelum anda mempunyai blog anda sendiri jangan fikirkan pasal blog boleh buat duit pula, boleh jadi anda akan malas atau bosan menulis pada blog anda akhir sekali blog anda akan jadi tukun sebab duit tak masuk2 lagi. Kelebihan utama selain dari apa yang saya ceritakan di atas blog juga boleh memantapkan penulisan anda dari masa ke semasa.

Itulah setekat yang saya boleh kongsikan dengan anda kelebihan mempunyai blog sendiri sekiranya ada lagi sumber2 yang terbaik untuk memantapkan blog kita boleh kongsi dan jangan lupa follow daddydatul.

Tuesday 16 September 2014

Kelebihan minum air Teh


Anda pengemar Teh? Pastinya anda tersenyum sampai ke pipi mendengar khabar berita ini. Menurut satu penelitian yang di lakukan oleh pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Didapati teh mengandungi pelbagai khasiat dan manfaat yang amat berguna. Antara manfaat teh sebenarnya amat banyak, Antaranya seperti yang tercatat di bawah:-

1. Teh mampu membangkitkan semangat, meningkatkan daya pemikiran dan ingatan seseorang.

2. teh beruapaya menghilangkan rasa letih, meningkatkan metabolisme tubuh, memelihara fungsi jantung, pembuluh darah, usus dan hati.

3. Minum teh mampu mencegah kerosakan gigi, Dikatakan amalan meminum teh pada kanak-kanak dapat mengurungkan risiko kerosakan gigi sebanyak 60%

4. Minum teh dapat menghambatkan sel penuaan. Kesan antipenuaan yang terdapat didalam daun teh adalah 18kali ganda komposisinya daripada vitamin E

5. Minum teh dapat memperlahan dan menyekat pembentukan lemak pada selaput dalam pembuluh darah, mencegah pengerasan pembuluh nadi, tekanan darah tinggi dan penyumbat pembuluh darah pada otak.

6. Minum teh dapat merangsangkan saraf pusat dan merangsangkan kekuatan gerakan tubuh.

7. Amalan minum teh berupaya menurunkan berat badan dan menjaga kecantikan

8. Minum teh di percayai dapat mengatasi masalah katarak yang biasa dialami oleh mereka yang berusia. Tidak hanya dengan itu, ia juga boleh dijadikan penawar untuk mengubati radang rongga mulut dan radang rongga kerongkong yang kerap menyerang pada musim panas.

9. Minum teh dapat melindungi fungsi pembentukan darah. Daun teh mengandungi zat proteksi radiasi, Menonton televisyen sambil minum teh dikatakan dapat mengurangi bahaya radiasi televisyen sekali gus melindungi daya penglihatan anda.

10. Minum Teh dapat memelihara dan mengawal pengaliran darah dalam tubuh.

11. Air teh mudah di serap segera dalam tubuh dan di oksida.

12. Menyejukkan tubuh dan menurunkan suhu badan. Dikatakan selepas sembilan minit minum teh hangat, suhu tubuh menurun sebanyak 1 hingga 2 darjah Celsius.

13. Daun Teh mengandungi banyak unsur mikronutrien yang amat bermanfaat untuk tubuh.

14. Daun teh berupaya mengekang pertumbuhan sel kanser

sumber: esempoi.com

Berjalan kaki boleh menyembuhkan 8 jenis penyakit


Jika selama ini anda malas untuk berjalan, fikirkan kembali. Satu kajian telah membuktikan berjalan boleh mengurangkan lapan jenis penyakit dan yang paling penting adalah proses rawatan tanpa mengeluarkan wang.

Berikut 8 jenis penyakit yang boleh disembuhkan dengan berjalan :-


1. Serangan Jantung : Berjalan boleh mengurangkan risiko serangan jantung. Otot jantung memerlukan aliran darah lebih deras (dari pembuluh koroner ) agar segar dan berfungsi normal mengepam darah tanpa henti.

Berjalan dengan cepat boleh mengalirkan darah ke dalam jantung. Dengan sering berjalan , kolesterol baik (HDL) yang bekerja sebagai spans penyerap kolesterol (LDL) akan meningkat dengan berjalan kaki tergopoh-gopoh.
Tidak banyak cara di luar dapat mengubati seperti ini. Berjalan dengan cepat boleh menurunkan risiko serangan jantung.

2. Stroke: Satu kajian dilakukan kepada 70 ribu pesakit di Harvard School of Public Health yang bekerja sambil berjalan kaki sebanyak 20 jam dalam seminggu, hasilnya risiko diserang stroke menurun hingga dua pertiga.

3. Membakar Lemak: Rutin berjalan kaki akan meningkatkan metabolisme tubuh. Selain sejumlah kalori terbuang oleh aktiviti berjalan kaki, kelebihan kalori yang tersimpan di dalam tubuh akan ikut terbakar, kemudian kenaikan berat badan tidak terjadi.

4. Melangsingkan Badan : jika anda kelebihan berat badan, mulailah untuk rutin berjalan Pergerakan kaki hingga seluruh tubuh mampu menurunkan berat badan dan lemak yang ada terutama diperut anda akan terkikis. Lakukan berjalan kaki secara rutin selama satu jam.

5. Kanser : Gejala kanser akan lenyap dengan sendirinya jika kita rajin jalan kaki. Kanser yang dimaksudkan adalah jenis kanser usus besar (colorectal carcinoma).

Kita tahu, bergerak badan ikut melancarkan peristaltik usus, sehingga buang air besar lebih lancar. Kanser usus dicetuskan oleh najis tertahan lama dalam saluran pencernaan. Sementara dalam satu kajian lain, berjalan boleh menurunkan risiko terkena kanser payudara.

6. Mencegah Osteoporosis : Sering berjalan bukan hanya menyebabkan otot-otot badan menjadi sihat, rangka atau tulang di dalam tubuh anda juga akan menjadi sihat dan kuat.
Osteoporosis tidak cukup hanya dengan rutin mengambil vitamin D dan kalsium yang banyak, tubuh juga memerlukan gerak badan dan memerlukan waktu paling kurang 15 minit dibawah sinar matahari pagi dan anda akan terhindar dari osteoporosis.

7. Mencegah Kencing Manis : Dengan rutin berjalan kira-kira 6 km per jam, dalam tempuh sekitar 50 minit, mampu mencegah berkembangnya diabetes, khususnya pada mereka yang bertubuh gemuk (National Institute of Diabetes and Gigesive & Kidney Diseases).
Selagi gula darah boleh dikawal hanya dengan cara bergerak badan (brisk walking), ubat tidak diperlukan. Anda hanya memerlukan berjalan secara rutin untuk terus menjaga kesihatan badan dan terhindar dari diabetes.

8. Depresi  : Berjalan kaki dengan cepat boleh menggantikan ubat anti depresan yang biasanya diminum secara rutin oleh pesakit depresi. Mulai sekarang, rajinlah berjalan kaki akan menyembuhkan pesakit yang tengah depresi.


LAGI 10 KEBAIKAN EKSTRA BERJALAN KAKI :
  1. Dari penyelidikan Duke University Medical Center, berjalan kaki selama 30minit dalam sehari dapat mengurangkan metabolic syndrome, iaitu salah satu penyebab berlakunya risiko serangan penyakit jantung, diabetes dan juga stroke.
  2. Menurut Journal of the American Medical Association, berjalan kaki selama beberapa jam dikatakan boleh mengurangakan risiko kanser payudara. Ketika berjalan, lemak akan berkurangan dan berubah menjadi sumber estrogen.
  3. Menurut National Sleep Foundation, berjalan cepat di waktu petang akan membuatkan tidur kamu lebih nyenyak.
  4. Mengurangakan rasa sakit atau ngilu. Berjalan Kaki secara teratur akan menbuatkan tubuh kamu berasa lebih relax.
  5. Mengurangkan risko kecederaan atau kekejangan otot, serta menjadikan tubuh merasa lebih sihat dan cergas.
  6. Membuatkan kamu bahagia. Dimana ianya membantu mengurangkan stress.
  7. Berjalan kaki selama 90minit selama seminggu boleh membuatkan mood kamu lebih gembira. Dimana tubuh akan mengeluarkan sejenis hormon yang dipanggil ENDORPHIN.
  8. Wanita yang berjalan kaki sejam selama lima hari seminggu, akan dapat mengurangkan berat badan sebanyak 11.3 kg dalam setahun.
  9. Awet Muda. Bejalan kaki membuatkan otak kamu menjadi lebih aktif.
  10. Berjalan kaki selama 30minit sebanyak 3kali seminggu dikatakan boleh mencegah dan mengurangkan risiko tulang rapuh.

Tangan Kidal: 17 Fakta Menarik dan Unik Tentang Mereka



Definisi Kidal

Kidal bermaksud individu yang lebih cenderung menggunakan tangan kiri untuk. melakukan berbagai tugasan. 10 peratus dari 6.7 billion populasi di dunia ini adalah manusia yang kidal ( lefthanded ). Hubungan kidal dengan otak Secara amnya kidal juga bermaksud lebih menguasai otak di sebelah kanan. Ini adalah kerana otak kita berfungsi secara menyongsang iaitu otak sebelah kiri menguasai bahagian tubuh badan yg. di sebelah kanan dan otak sebelah kanan pula menguasai bahagian tubuh badan yg. di sebelah kiri.
Otak sebelah kiri (cenderung menggunakan tangan kanan) menguasai kawalan pertuturan, bahasa, tulisan, lojik, matematik dan sains. Otak sebelah kanan (cenderung menggunakan tangan kiri) menguasai kawalan muzik, seni, kreativiti, tanggapan, emosi dan kebijaksanaan.Dengan penguasaan otak ini adalah dikatakan individu kidal lebih bijak dari segi kreativiti dan seni berbanding mereka yg. menggunakan tangan kanan.
  1. Menurut statistik, dari sebuah populasi, 15% daripadanya adalah kidal. Lelaki biasanya dua kali lebih cenderung menjadi kidal berbanding wanita.
  2. Orang kidal memiliki kemungkinan lebih besar untuk mejadi genius. 20% dari jumlah anggota organisasi MENSA, sebuah organisasi untuk manusia dengan IQ tertinggi di dunia, dilaporkan kidal.
  3. Jika anda seorang lelaki, kidal, dan masih belajar, maka diperkirakan anda akan 15% lebih kaya daripada lelaki yang tidak kidal. Sekiranya sudah tamat kuliah, lelaki kidal akan 20% lebih kaya!
  4. Walaupun begitu orang kidal memiliki kecendrungan lebih tinggi untuk ketagih rokok dan alkohol.
  5. Jika kedua orang tua kidal, maka ada kemungkinan 50% keturunan mereka juga akan kidal. Sebaliknya, jika kedua orang tua tidak kidal, kemungkinan tadi akan turun menjadi 2% sahaja.
  6. Pakar psikologi dari Universiti Queen di Belfast menyatakan bahawa kucing betina cenderung tidak kidal, sementara kucing jantan cenderung kidal (siapa sangka, kucing boleh kidal juga!).
  7. Entah mengapa, orang kidal katanya lebih tidak suka buku berjilid dibandingkan dengan mereka yang bukan kidal.
  8. Orang kidal dapat merespon stimulasi (rangsangan) dengan lebih baik sehingga kebanyakan orang kidal juara dalam bermain game.
  9. Semakin tua seorang wanita mengandung dan melahirkan, semakin besar kemngkinan anaknya lahir kidal.
  10. Sejumlah 4 dari 5 perekabentuk komputer Mac dilaporkan kidal.
  11. Menurut sebuah kajian, orang kidal hidupnya 9 tahun lebih pendek dibandingkan dengan mereka yang bukan kidal.
  12. Orang kidal lebih cenderung atletik, memiliki kesedaran yang lebih istimewa dan berfikir lebih cepat.
  13. Menurut sebuah kajian yang dilakukan oleh Dr Alan Searleman dari St Lawrence University di New York, menunjukkan bahawa orang kidal mampu mendukung sisi kiri tubuhnya untuk semua kegiatan fisikal. Orang kidal juga dua kali lebih berjaya dalam penyelesaian masalah dan memiliki IQ lebih tinggi dari orang yang aktif dengan tangan kanan.
  14. Orang dengan tangan kidal relatif lebih cerdas daripada bukan kidal (Guardian UK)
  15. Orang Kidal lebih mudah mengawal emosi dibandingkan dengan bukan kidal (National Geographic)
  16. Jumlah orang Kidal meningkat pesat setelah tahun 1910 (BBC)
  17. Orang Kidal sehingga kini berjumlah sekitar 10% dari seluruh populasi dunia (National Geographic)


Hubungan kidal dengan otak

Secara amnya kidal juga bermaksud lebih menguasai otak di sebelah kanan. Ini adalah kerana otak kita berfungsi secara menyongsang iaitu otak sebelah kiri menguasai bahagian tubuh badan yg. di sebelah kanan dan otak sebelah kanan pula menguasai bahagian tubuh badan yg. di sebelah kiri.

Otak sebelah kiri (cenderung menggunakan tangan kanan) menguasai kawalan pertuturan, bahasa, tulisan, lojik, matematik dan sains.

Otak sebelah kanan (cenderung menggunakan tangan kiri) menguasai kawalan muzik, seni, kreativiti, tanggapan, emosi dan kebijaksanaan.Dengan penguasaan otak ini adalah dikatakan individu kidal lebih bijak dari segi kreativiti dan seni berbanding mereka yg. menggunakan tangan kanan.

Fakta menarik lain :

Individu kidal cenderung merasa cemas ataupun malu dengan apa yang ingin dilakukan atau dikatakan.
   
Kajian dari Abertay University of Scotland menemukan bahwa orang kidal cenderung lebih setuju dengan pernyataan seperti : “Saya khautir membuat kesalahan.” Mereka yang kidal juga sepakat dengan penyataan : “Kritik atau omelan membuat saya sedikit sakit hati.”. Dr Lynn Wright, yang menjalan kajian tersebut di Dundee, Scotland, percaya fenomena ini disebabkan adanya perbezaan bahagian otak antara orang kidal dan orang tangan kanan.

“Orang kidal cenderung lebih bimbang, sedangkan mereka yang memakai tangan kanan cenderung sedikit bergerak cepat. Pada orang kidal, bagian otak kanannya lebih dominan, dan inilah bagian yang sepertinya mengendalikan aspek negatif dari emosi. Mereka yang lebih banyak memakai tangan kanan, bagian otak kirinya lebih dominan,” jelas Lynn.

Sumber: billyinfo.blogspot.com

Bahaya Menahan Kencing Yang Wajib Anda Tahu



SEKALIPUN terpaksa menghadiri mesyuarat penting atau memandu untuk jarak yang jauh, menahan air kencing bukanlah satu tindakan yang bijak. Air yang ditahan itu hakikatnya kotoran beracun yang perlu dikeluarkan daripada badan.

Menurut Pakar Urologi, Kesihatan Lelaki dan Pembedahan Robotik, Pusat Perubatan Prince Court, Datuk Dr. Sahabudin Raja Mohamed, menahan diri daripada membuang air kecil akan memberi kesan negatif kepada kesihatan.

Namun, perkara itu mempunyai kesan yang berbeza mengikut jantina dan usia. “Kanak-kanak yang menahan kencing terlalu lama boleh menyebabkan masalah besar. Tidak kira lelaki mahupun perempuan, ia boleh meningkatkan kejadian jangkitan saluran kencing.

“Dalam kes yang lebih buruk, ia akan mengakibatkan inkontinens iaitumasalah hilang kawalan untuk menahan kencing,” kata Sahabudin. Masalah itu menyebabkan penghidap tidak mampu menahan kencing daripada terkeluar sendiri terutamanya ketika batuk, bersin atau meneran. Seseorang juga sukar untuk menahan kencing sehingga dia boleh terkencing di mana-mana sahaja sebelum sempat pergi ke tandas.


Antara tanda-tanda seseorang itu mendapat masalah inkontinens adalah sering berasa tidak puas ketika membuang air kecil atau aliran air kencing yang lemah.

Masalah itu boleh terjadi kepada mereka yang mengalami kerosakan ginjal, uretra yang tersumbat ataupun kerosakan saraf akibat diabetes.
Dalam pada itu, Sahabudin menjelaskan, membuang air kecil sebanyak di antara lima hingga enam kali sehari merupakan situasi yang normal. Namun, mereka yang membuang air kecil melebihi lapan kali sehari menunjukkan keadaan yang sebaliknya.

“Kencing kurang daripada lapan kali sehari merupakan keadaan yang normal. Urin mereka akan berwarna jernih seperti air paip,” ujarnya.
Pundi kencing yang berfungsi secara normal ditunjukkan apabila seseorang membuang air kecil dalam tempoh tiga hingga empat jam sekali iaitu tidak lebih lapan kali sehari.

Mereka yang normal akan membuang air kecil hanya sekali pada waktu malam. Jelas Sahabudin lagi, mengurangkan minum air masak bagi mengelakkan seseorang itu kerap ke tandas adalah satu tindakan yang salah. Mereka tidak seharusnya mengurangkan pengambilan air kerana bahan tersebut penting kepada tubuh bagi mengelakkan dehidrasi. “Jangan mengurangkan kuantiti air yang diminum. Sebaliknya pergilah berjumpa dengan doktor untuk mengatasi masalah itu."

“Jika terdapat jangkitan, pesakit perlu dirawat terutamanya mereka yang mengalami pundi kencing terlalu aktif,” katanya lagi. Antara tanda kencing terlalu aktif adalah sukar menahan kencing, kencing tidak puas, pergi ke tandas melebihi 10 kali sehari dan berlaku kebocoran jika menahannya. Masalah ini boleh terjadi lebih kerap dalam kalangan wanita muda. Seseorang yang menghadapi masalah ini akan membuang air lebih daripada 10 kali sehari serta tidak dapat menahan kencing. Antara kaedah yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah itu adalah senaman otot untuk mengawal kencing, latihan pundi kencing dan penggunaan ubatan.


Jelas Sahabudin, masalah tersebut sering berlaku akibat kesibukan kerja yang mengundang masalah malas ke tandas selain ketiadaan kemudahan tandas yang bersih.

Sementara itu, melakukan aktiviti seperti memandu sambil menahan air kencing boleh mengundang bahaya. Perbuatan menahan kencing didapati mempunyai kesan yang sama dengan keracunan alkohol atau tidak tidur selama 24 jam secara berterusan.

“Apabila manusia sampai kepada titik kesakitan, mereka tidak mampu berfikir dan membuat keputusan lagi. Ia sama seperti mabuk,” kata profesor neurologi di Universiti Brown di Providence, Pulau Rhode, Amerika Syarikat (AS), Peter Snyder.

Kajian Synder bersama kumpulan penyelidiknya itu memenangi kategori perubatan anugerah Ig Nobel anjuran majalah Annals of Improbable Research (AIR) di AS baru-baru ini. Ig Nobel memberikan anugerah untuk pelbagai kajian yang dianggap melucukan tetapi kemudian membuatkan orang mula berfikir.

Sumber : amekaw


Monday 15 September 2014

Menakjubkan tentang Lalat - Hadith yang telah di buktikan melalui sains

Lalat merupakan sejenis serangga yang boleh terbang. Lalat makan dengan cara memuntahkan air liurnya keluar dan menyerap kembali makanan yang separuh hadam masuk kedalam perutnya dengan menggunakan belalainya.
Masih ingatkah sebuah hadis Nabi Muhammad S.A.W berkenaan lalat kira-kira 1400 tahun lalu ?

Dari Abi Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud: "Apabila lalat jatuh ke dalam minuman salah seorang di antara kamu maka rendamkanlah lalat itu kemudian buanglah. Kerana pada salah satu sayapnya terdapat penyakit dan pada sayap yang lain terdapat ubat."

1300 tahun kemudian iaitu tahun 1871, Prof. Brefild, Ilmuwan Jerman dari Universiti Hall menemui mikroorganisma jenis Fitriat yang diberi nama Ambaza Mouski dari golongan Antomofterali. Mikroorganisma ini hidup di bawah tingkat zat minyak di dalam perut lalat.


Ambaza Mouski ini berkumpul di dalam sel-sel sehingga membentuk kekuatan yang besar. Kemudian sel-sel itu akan pecah dan mengeluarkan sitoplasma yang dapat membunuh kuman-kuman penyakit. Sel-sel tersebut terdapat di sekitar bahagian ke tiga dari tubuh lalat, iaitu pada bahagian perut dan ke bawah.
"Pada sebelah sayapnya mengandungi penyakit.." Kenyataan ini dibuktikan apabila pada tahun 1929, H.Y. Yao, Yuan dan D.Huie mengkaji lalat-lalat di Beijing. Mereka mendapati luarannya mengandungi lebih kurang 3,683,000 kuman bakteria dan dalamanya pula mengandungi 6~8 kali ganda kuman berbanding di bahagian luarannya. Hal ini disebutkan dalam buku Insect Immunology oleh Edward A. Steinhaus terbitan New York.

Pada tahun 1947, Ernestein dari England juga menyelidiki tentang Fitriat pada lalat ini. Hasil penyelidikannya menyimpulkan bahwa fitriat tersebut dapat memusnahkan pelbagai bakteria.

Tahun 1950, Roleos dari Switzerland juga menemui mikroorganisma ini dan memberi nama Javasin. Para peneliti lain iaitu Prof. Kock, Famer (England), Rose, Etlengger (Jerman) dan Blatner (Switzerland) melakukan penyelidikan dan membuat kesimpulan yang sama tentang mikroorganisma pada lalat sekaligus membuktikan bahawa pelbagai penyakit dan bakteria pada lalat hanya terdapat pada hujung kakinya saja dan bukan pada seluruh badannya.



"Dan pada sebelah lagi sayap (lalat) adanya penawar.." : Mikroorganisma yang dapat membunuh kuman itu tidak dapat keluar dari tubuh lalat kecuali setelah disentuh oleh benda cair. Cairan ini dapat menambah tekanan pada sel-sel yang mengandungi mikroorganisma penolak kuman sehingga pecah dan memercikkan mikroorganisma istimewa ini. 

Maka adalah logik apabila ingin mengeluarkan mikroorganisma penolak kuman dari badan lalat, badannya harus dibasahkan -menyelupkan lalat yang jatuh tersebut sebelum membuangnya dan air yang menjadi tempat pendaratan lalat tadi dapat diminum dengan selamat. 

Subhanallah betapa hebatnya Junjungan kita, Nabi Muhammad.. dari manakah beliau perolehi pengetahuan sebegini 1400 tahun lalu kalau tidak dari Sang Pencipta - Allah tuhan yang kita sembah.

Sumber: Maklumat ini diperolehi dari sumber internet


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...