Like FB

Monday 16 September 2013

Penubuhan Malaysia 16 September 1963

Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman Putra dalam satu ucapan beliau di Persidangan Persatuan Wartawan Luar Negeri Asia Tenggara yang diadakan di Hotel Adelphi, Singapura pada 27 Mei 1961, telah menggagaskan tentang perlunya diwujudkan satu rancangan untuk membawa Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Borneo Utara, Brunei dan Sarawak ke dalam satu bentuk kerjasama politik dan ekonomi. Antara lain, kerjasama ini perlu diadakan adalah bertujuan untuk menyekat pengaruh komunis yang semakin ketara yang boleh menggugat kestabilan politik serantau. Pendirian kerajaan ini adalah berdasarkan kepada perkembangan politik di Singapura yang memperlihatkan peningkatan pengaruh golongan kiri. Di samping itu juga gagasan ini bertujuan untuk mengimbangi jumlah penduduk, meningkatkan kemajuan ekonomi dan mempercepatkan proses kemerdekaan bagi Singapura, Brunei, Borneo Utara dan Sarawak.
Mesyuarat Persatuan Parlimen Komanwel Cawangan Tanah Melayu dan Borneo di Singapura pada 23 Julai 1961 telah bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia dengan dipengerusikan oleh Donald Stephen. Tujuan penubuhan Jawatankuasa ini adalah untuk menerangkan dengan lebih jelas tentang konsep Malaysia kepada orang ramai khususnya penduduk Sabah, Sarawak dan Brunei. Dalam Jawatankuasa ini, perwakilan dari Tanah Melayu terdiri daripada ahli-ahli Parlimen. Perwakilan Singapura terdiri daripada ahli-ahli Majlis Mesyuarat Undangan termasuk seorang ahli parti pembangkang. Anggota perwakilan dari Sarawak adalah ahli-ahli Majlis Negeri Sarawak, begitu juga dengan Sabah. Jawatankuasa ini telah bermesyuarat sebanyak empat kali untuk membincangkan perkara-perkara berkaitan penubuhan Malaysia. Mesyuarat pertama diadakan di Sabah pada Ogos 1961, seterusnya di Kuching, Sarawak pada Disember 1961 dan di Kuala Lumpur pada Januari 1962. Mesyuarat terakhir telah diadakan di Singapura pada Februari 1962. Dalam mesyuarat terakhir itu Jawatankuasa bersetuju untuk mengemukakan memorandum kepada Suruhanjaya Cobbold supaya dibuat tinjauan mengenai pandangan penduduk di Sarawak dan Sabah terhadap gagasan Malaysia
Memorandum yang dipersetujui Jawatankuasa tersebut mengandungi beberapa perkara penting untuk dijadikan asas kepada perlembagaan yang akan dirancang. Jawatankuasa ini bersetuju supaya perlembagaan Tanah Melayu dijadikan asas kepada perlembagaan Malaysia. Antara perkara lain yang dipersetujui ialah tentang perlunya ada sebuah kerajaan Persekutuan yang kuat dan berkuasa dalam hubungan luar, pertahanan dan keselamatan juga mengenai agama Islam diterima sebagai agama rasmi.
Pembentukan Suruhanjaya Cobbold pada 17 Januari 1962 adalah bagi memberi kebebasan dan keadilan kepada semua pihak. Suruhanjaya ini dibentuk hasil perundingan diantara kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan Kerajaan British pada November 1961. Tujuan penubuhan Suruhanjaya ini adalah untuk meninjau pandangan penduduk negeri-negeri di Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak tentang gagasan Malaysia. Suruhanjaya ini dianggotai oleh lima orang ahli dengan dipengerusikan oleh Lord Cobbold, bekas gabenor Bank England, ahli-ahlinya terdiri daripada Dato’ Wong Pow Nee dan Encik Mohd Ghazali bin Shafie, sebagai wakil kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, manakala Sir Anthony Abell dan Sir David Watherston, wakil kepada kerajaan British. Mr. H. Harris bertindak selaku Setiausaha.
Sepanjang Februari-hingga April 1962, Suruhanjaya ini telah menemui lebih 4000 orang dan menerima 2200 memorandum daripada pelbagai pihak yang terdiri dari parti-parti politik, ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan dan Undangan, pembesar-pembesar, anak-anak negeri dan pemimpin kaum, majlis bandaran, pemimpin-pemimpin agama, kesatuan sekerja dan orang ramai yang memberikan pandangan. Hasil dari laporan ini menunjukkan sejumlah 80 peratus penduduk Sarawak dan Borneo Utara menyokong kepada penubuhan Malaysia. Sokongan rakyat ini jelas dibuktikan melalui laporan Suruhanjaya Cobbold yang telah disahkan oleh perwakilan Setiausaha Bangsa-Bangas Bersatu. Selain itu, laporan itu juga memuatkan cadangan-cadangan daripada ahli-ahli Suruhanjaya berhubung beberapa perkara yang dinyatakan melalui memorandum-memorandum yang diterimanya.
Pada 21 Jun 1962 laporan ini telah dikemukakan kepada Kerajaan British dan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu. Setelah dikaji, kedua-dua kerajaan bersetuju menerima hampir semua cadangan yang telah dibuat oleh Suruhanjaya tersebut. Tunku Abdul Rahman Putra, Perdana Menteri Tanah Melayu juga menerima laporan Suruhanjaya Cobbold. Beliau telah membentuk sebuah Jawatankuasa untuk mengkaji laporan itu yang telah dipengerusikan oleh beliau sendiri dan anggota-anggota yang lain terdiri dari Tun Abdul Razak (Timbalan Perdana Menteri), Tan Siew Sin (Menteri Kewangan), Datuk (Dr) Ismail Dato’ Abdul Rahman (Menteri Keselamatan Dalam Negeri) dan Datuk V.T. Sambanthan (Menteri Kerja Raya dan Telekom). Kata sepakat telah dicapai oleh Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman dan Harold Macmillan, Perdana Menteri British untuk mengadakan rundingan di London. Rundingan tersebut telah berlangsung selama 2 minggu. Pada Julai 1963 satu perjanjian penting telah ditandatangani di Pejabat Perhubungan Komanwel di Malborough House, London. Perjanjian Penubuhan Persekutuan Malaysia ini telah ditandatangani oleh wakil-wakil kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura. Persetujuan telah diperolehi untuk menubuhkan Malaysia pada 31 Ogos 1963. Walau bagaimanapun, penubuhan Malaysia yang dirancang pada tarikh tersebut terpaksa ditangguhkan kerana laporan Setiausaha Bangsa-Bangsa Bersatu hanya dapat disiapkan pada 14 September 1963. Malaysia akhirnya diisytiharkan pada 16 September 1963.
Upacara pengisytiharan Malaysia telah diadakan di Stadium Merdeka Kuala Lumpur pada 16 September 1963. Upacara gilang gemilang ini telah dihadiri oleh SPB Yang di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu, Gabenor Pulau Pinang, Melaka, Singapura, Sarawak dan Sabah. Upacara ini juga dihadiri oleh anggota kabinet, diplomat asing di Kuala Lumpur serta jemputan khas.
Pengisytiharan penubuhan Malaysia telah dibacakan oleh Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman Putra di hadapan lebih kurang 30,000 rakyat Malaysia yang turut meraikan hari bersejarah tersebut. Tunku kemudiannya melaungkan “Merdeka” sebanyak tujuh kali diselang seli dengan laungan oleh rakyat yang hadir. Upacara diakhiri dengan bacaan doa selamat oleh Mufti Negeri Sembilan, Tuan Haji Ahmad bin Mohammad Said
Artikal dari http://www.arkib.gov.my


TUTORIAL PHOTOSHOP TERBAIK MALAYSIA

DVD ini diterbitkan oleh Muhammad Ariff Hakimim Mohd Zin ( Maheez ). Photoshop ® Malaya™ Adalah Perkongsian rahsia menggunakan aplikasi Photoshop CS5 yang mengajar anda langkah demi langkah, bermula dari peringkat asas sehinggalah keperingkat profesional mengikut siri tutorial yang diterbitkan. Bermula daripada DVD 1 sehingga DVD 6, anda seolah-olah mendalami penggunaan photoshop selama 5 TAHUN pengajian. Ini kerana ilmu yang dikongsi di dalam setiap DVD ini adalah hasil pengajian dan pengalaman peribadi penerbit selama 7 tahun terlibat didalam dunia grafik dan seni visual. Anda boleh mempelajari, mengamal, dan menguasai teknik-teknik yang dikongsikan tanpa mengeluarkan modal yang mahal atau pengajian yang memakan masa bertahun-tahun lamanya. DVD tutorial ini akan mengajar anda pelbagai cara dan teknik menghasilkan grafik seperti membuat rekabentuk bahan pengiklanan, memberi kesan Khas, membuat suntingan pada gambar portret, memanipulasikan gambar dan suntingan khas untuk gambar perkahwinan di Malaysia.

Sunday 1 September 2013

Buat duit percuma dari Facebook

Salam, Betul ker ada cara buat duit tanpa modal, hehe, 
tidak mau tulis panjang-panjang nanti awak bosan, ok saya terus pada point.

Saya perkenalkan terlebih dahulu syarikat yang memberikan anda duit percuma adalah seperti dibawah.


SAYS Sdn Bhd
Lot 7.08B, Level 7, 1 Tech Park,
Tanjung Bandar Utama, Bandar Utama 47800, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.
Tel: +603 7731 7583
Fax: +603 7731 7683
Syarikat ini dikenali sebagai SAYS iaitu tujuan sebenar adalah menyebarkan iklan di alam maya atau online. Sila baca lagi dan terus buat pendaftaran mengikut cara-cara dibawah.
1. Untuk menyertai SAYS anda perlu mendaftar di link http://bit.ly/123nb0l setelah anda membuat pendaftaran pihak SAYS akan memberikan duit percuma RM1 dalam akaun SAYS anda, setelah berdaftar jangan lupa sebarkan pada rakan-rakan lain pula sebab bila anda mengajak rakan lain untuk join SAYS ni, sekali lagi RM1 akan dimasukan ke akaun SAYS anda tapi dengan 1 syarat akaun SAYS rakan anda yang join dibawah anda telah mendapat duit dalam akaun SAYS sebanyak RM2 barulah duit RM1 akan masuk ke akaun SAYS anda.
2. Tujuan utama SAYS ni adalah sebarkan iklan-iklan yang terdapat dalam akaun SAYS anda caranya setelah anda Login sila klik pada SPECIALS dan klik pada iklan yang telah diberikan seperti gambar dibawah.

Setelah klik gambar iklan sila ke bahagian bawah dan klik pada Share on Facebook atau Twitter, dan share link anda ke fesbuk..



Sekiranya anda ahli baru kebiasaannya nilai iklan yang diberikan sebanyak RM5 tapi saya dah RM10 dan kadang-kadang RM11 sebab saya dah otai :) .Setiap kali anda sebarkan di laman fesbuk nilai  iklan yang telah anda sebarkan adalah sebanyak 0.20sen 1 klik sahaja, bila sampai ke nilai RM10 seperti iklan di atas bermakna nilai iklan itu telah habis terjual.

Kali ini saya terangkan berkaitan duit dalam akaun SAYS di masukan ke Bank anda, pihak SAYS membenarkan ahli yang telah mencapai nilai RM50 dalam akaun SAYS bermakna di bawah RM50 tak dapatlah, proses keluarkan duit dari akaun SAYS mengambil masa 1 minggu. Saya dah join SAYS ni 2 minggu lebih, duit dalam akaun SAYS pun belum banyak lagi simpan untuk masa tua hehe.


Jadi dengan nilai RM60 ni bermakna nak bayar broadband pun dah lepas.
ok lah semoga berjaya jangan lupa daftar di http://bit.ly/123nb0l 

Sunday 21 July 2013

Di mana Iwan Penyayi dangdut Malaysia?

Alhamdulillah selama ini Iwan telah diberi hidayah Allah s.w.t kini Iwan masih menghiburkan peminat-peminat yang setia cuma telah berubah lagu dan penampilannya juga telah berubah ....



Saturday 22 June 2013

Monday 3 June 2013

Durian Belanda Penawar Kenser




Dunia telah menutup rahsia penemuan penyelidikan tentang khasiat buah ini sebaik mungkin, mereka ingin agar dana penyelidikan yang dikeluarkan sangat besar, selama bertahun-tahun, ditambah pula keuntungan yang melimpah dengan cara menjadikan pohon Graviola Sintetis sebagai bahan utama ubat rawatan kanser. Pohonnya rendah, di Brazil dinamai 'Graviola', di Sepanyol 'Guanabana' bahasa Inggeris dipanggil 'Soursop'. Di Indonesia, dikenali sebagai buah Sirsak manakala di Malaysia dipanggil sebagai Durian Belanda.

Buahnya agak besar, kulitnya berduri lembut, isi buah berwarna putih, rasanya masam-masam manis, dimakan dengan cara membuka kulitnya atau dibuat
jus. 

Khasiat dari buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor / kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser. Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus , berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik. Salah satu contoh betapa pentingnya kewujudan Institut Sains Kesihatan bagi orang-orang Amerika adalah kerana institut ini telah membuka tabir rahsia buah ajaib ini. Fakta yang membingungkankan adalah: Jauh dipedalaman hutan Amazon, tumbuh 'pohon ajaib', yang akan merubah cara berfikir anda, doktor anda, dan dunia mengenai proses penyembuhan kanser dan harapan untuk bertahan hidup. 

Hasil penyelidikan membuktikan pohon ajaib dan buahnya ini : 

i) Menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi, TANPA rasa mual, berat badan turun, rambut gugur, seperti yang terjadi pada terapi kemo. 

ii) Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan yang mematikan.

iii) Pesakit merasakan lebih kuat, lebih sihat selama proses perawatan / penyembuhan. 

iv) Menambah tenaga dan penampilan fizikal semakin bertambah baik. Sumber berita sangat mengejutkan ini berasal dari salah satu pengeluar farmasi terbesar di Amerika. Buah Graviola telah diuji lebih dari 20 makmal, sejak tahun 1970-an hingga beberapa tahun berikutnya.

Hasil ujikaji dari ekstrak (sari) buah ini adalah :

1. Secara berkesan memilih sasaran dan membunuh sel jahat dari 12 jenis kanser yang berbeza, diantaranya kanser : Usus Besar, Payu Dara, Prostat, Paru-Paru dan Pankreas. 

2. Daya kerjanya 10,000 kali lebih kuat dalam memperlambatkan pertumbuhan sel kanser dibandingkan dengan Adriamycin dan Terapi Kemo yang biasa digunakan!

3. Tidak seperti terapi kemo, ekstrak buah ini secara selektif hanya memburu dan membunuh sel-sel jahat dan TIDAK membahayakan atau membunuh sel-sel yang sihat. Penyelidikan telah dilakukan secara ekstensif pada pohon ajaib ini,selama bertahun-tahun tapi kenapa kita tidak tahu langsung mengenai hal ini ? Jawabnya adalah : Begitu mudah kesihatan kita, kehidupan kita, dikendalikan oleh yang memiliki wang dan kekuasaan! Salah satu perusahaan ubat terbesar di Amerika dengan aset jutaan dollar melakukan penyelidikan luar biasa pada pohon Graviola yang tumbuh dihutan Amazon ini. 

Ternyata beberapa bahagian dari pohon ini : kulit kayu, akar, daun, isi buah dan bijinya, selama berabad-abad lamanya telah menjadi penawar bagi suku Indian di Amerika Selatan untuk menyembuhkan : sakit jantung, asma, masalah berkaitan hati dan rematik. Dengan bukti-bukti ilmiah yang minimum, perusahaan yang mengumpulkan dana dan sumber usaha manusia yang sangat besar bagi tujuan melakukan penyelidikan dan berbagai ujian. Hasilnya sangat menakjubkan.

Graviola secara ilmiah telah terbukti sebagai agen pembunuh sel kanser yang berkesan ! RAMAI yang tidak tahu batang, akar, biji dan buah durian belanda (annona muricata, keluarga annona) mempunyai banyak khasiat untuk kegunaan perubatan tradisional dan moden. 

Kajian Universiti Hawaii dan Universiti Purdue mendapati durian belanda yang buahnya berkulit lembut, durinya agak jarang yang tidak tajam, mampu merawat dan mengelakkan seseorang daripada mendapat kanser dan menyuburkan pasangan yang inginkan zuriat. 

Penduduk di banjaran Andes, Peru, membuat serbuk teh daripada daunnya untuk mengubati sakit kerongkong. Bijinya ditumbuk halus khusus untuk membunuh parasit di dalam tubuh manusia seperti cacing. Sementara penduduk Amazon menggunakan bahagian akar, kulit dan daunnya,dipercayai boleh mengubati kencing manis. 

Begitu juga, suku Orang Asli di Guyana membuat serbuk teh daripada daun dan kulit pokoknya untuk dijadikan tonik minuman bagi membantu mengatasi masalah jantung dan penyakit hati. Mereka juga mendapatkan minyak daripada daunnya atau buahnya yang masih muda lalu dicampurkan dengan minyak zaitun untuk kegunaan luaran bagi mengatasi masalah sakit sendi dan sengal-sengal anggota tubuh. 

Di Jamaica, Haiti dan India Barat, buahnya dan air perahan durian belanda diminum sebagai ubat demam, membunuh cacing di perut kanan-kanak dan ubat cirit-birit. Kulit pokok ini juga dipercayai sesuai untuk membantu mengubati penyakit jantung dan batuk di samping membantu mengembalikan kesuburan pasangan yang sukar mendapatkan anak. 

Kegunaan lain ialah sebagai ubat malaria dan ulser perut. Khusus bagi ibu yang baru melahirkan anak, wanita Suku Asli Guyana digalakkan meminum jus atau memakan terus buahnya bagi meningkatkan pengeluaran susu badan di samping mengelakkan masalah ketegangan.

Sunday 2 June 2013

Cara mudah pasang CCTV di blog

mudah sahaja cara pasang CCTV ni supaya blog anda tidak digodam hehe gurau jer, fungsinya tiadak apa-apa cuma untuk mencantikan blog anda :)

ikut sahaja langkan dibawah ni, seperti biasa daddy bagi percuma jer copy lah link di bawah

<div style="POSITION: fixed; TOP: 0px; Right: 0px"> <img src="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj6vKnI5wxriJDn9ZHXdRKOJdUiBjuAGDZGV-itnk4_gzH8mLMxCwAaZ1LJU9j2ynj2mfwUhOKdouvoUWf8YEiBftU6GGtc_KqS6KF8WTj-40qpB_a0s02Pgu62rk5YqgxQbGJYU3rBle8/s1600/cctv.gif" /></div>

Masukan ke bahagian HTML/JavaScript dan Save.

selamat mencuba :)


Tuesday 21 May 2013

Cara Pasang Radio Sinar FM diblog

Kali ini Daddy Datul kongsi cara nak pasang Radio Sinar FM yang kawan-kawan dengar sekarang
tak mahu cakap banyak-banyak :) nanti jemu pula dengan blog daddy ni

Ok caranya copy link di bawah


<div style="text-align: center;">
<object data="//d1q052wx5lf2ip.cloudfront.net/amp/public/20120413_1400/sinar/assets/swf/main.4.swf" height="60" id="main_player" name="main_player" style="visibility: visible;" type="application/x-shockwave-flash" width="180"><param value="high" name="quality" /><param value="#000000" name="bgcolor" /><param value="true" name="play" /><param value="true" name="loop" /><param value="transparent" name="wmode" /><param value="exactfit" name="scale" /><param value="true" name="menu" /><param value="false" name="devicefont" /><param value="" name="salign" /><param value="true" name="swliveconnect" /><param value="always" name="allowScriptAccess" /></object></div><div align="center"><a href="http://www.duniakongsi.net/2012/12/coding-radio-sinarfm-untuk-blog-re-post.html/" target="_blank">  OLEH SINAR.FM </a></div>

Masukan ke bahagian HTML/JavaScript dan Save.

Monday 20 May 2013

David Beckham akhiri dunia bola sepak di PSG



Beckham pernah menjadi ‘ayam tambatan’ dalam skuad England.

PENGUMUMAN David Beckham untuk bersara sebagai pemain profesional pada lewat malam Khamis, 16 Mei, melengkapkan penutupan tirai tiga orang legenda Manchester United bagi musim 2012-13.

Beckham mempunyai satu lagi tugas yang belum selesai iaitu perlawanan terakhir liga bersama kelabnya PSG menentang Lorient hujung minggu depan.
Pemain berusia 38 tahun itu sebenarnya ditawarkan lanjutan kontrak selama semusim lagi oleh PSG tetapi pemain itu membuat keputusan untuk bersara selepas menyedari yang dia tidak dapat lagi menahan dan mengejar kepantasan Lionel Messi ketika PSG menentang Barcelona pada perlawanan separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah baru-baru ini.
Keputusan itu menamatkan karier sepanjang 21 tahun yang membawanya dari Manchester ke Real Madrid kemudian Los Angeles Amerika Syarikat, Itali dan yang terakhir sekali ke kota Paris.
Sepanjang tempoh tersebut, Beckham telah meraih pendapatan dan aset dari imbuhan, gaji, pengiklanan dan duta produk sebanyak £165 juta.
Dan yang pasti dia akan bersara dengan menjulang 19 trofi dan kejuaraan termasuklah mencatat sejarah sebagai satu-satunya pemain yang menjuarai liga di empat negara yang berlainan iaitu England, Sepanyol, Amerika Syarikat dan Perancis.
Beckham juga mencatat sejarah sebagai salah seorang daripada hanya empat pemain sahaja yang bermain lebih daripada 100 kali untuk negaranya (115 kesemuanya) dan juga menjadi satu-satunya pemain England yang menjaringkan gol di tiga perlawanan pusingan akhir Piala Dunia.
Beckham menyertai PSG pada Januari tahun ini selepas bermain selama lima tahun dengan juara Amerika, Los Angeles Galaxy.
Di sana dia menjulang kejuaraan liga sebanyak dua kali dan membantu mempopularkan bolasepak di sebuah negara yang lebih meminati besbal dan bola jaring.
Dia juga bermain untuk United selama 10 tahun dari 1992 hingga 2003 apabila hubungannya dengan Sir Alex Ferguson menjadi suram ekoran perkahwinannya dengan selebriti terkenal dari kumpulan Spice Girl, Victoria Adams.
Ferguson mengesyaki Beckham hilang tumpuan di atas padang kerana sering menyertai majlis-majlis keramaian bersama isteri selebritinya itu dan kemuncak kepada keretakan mereka apabila Ferguson menendang but salah seorang pemain dalam bilik persalinan dan but itu melayang ke kening Beckham menyebabkan luka kecil.
Beberapa bulan selepas insiden itu, Beckham dijual kepada Real Madrid pada harga £25 juta walaupun dirinya enggan berpindah dari kelab kesayangannya itu.
Dia pernah berikrar tidak akan bermain dengan mana-mana kelab Inggeris yang lain kecuali kembali bermain bersama United. Di Madrid, bermain bersama-sama bintang ternama seperti Zidane Zidane, Luis Figo, Ronaldo dan ramai lagi, Beckham turut menjulang juara liga Sepanyol. Selepas empat musim, Beckham berpindah ke LA Galaxy dan menghabiskan sebahagian besar penghujung.

Sunday 19 May 2013

Menjana pendapatan dari TonePlus

Pelancaran Toneplus

Mungkin ramai  yang tidak tahu kewujudan bisnes TonePlus ni? ok lah saya terangkan sikit apa
sebab saya join bisnes ini, sebab utama saya join perniagaan toneplus kerna ia adalah keperluan
harian iaitu penggunaan handphone.

ahh jangan ingat ini bisnes jual topup, untuk mengikuti perniagaan toneplus ialah kita kena jadi ahli terlebih dahulu hanya bermodalkan RM80 sahaja. Kerja kita tak perlu jual topup, kerja kita hanya buat sekali sahaja
iaitu jual simkad Toneplus bila mereka topup handphone menggunakan simkad ini syarikat akan berkongsi keuntungan komisyen sebanyak 13% dengan kita hehe dah jadi rakan niaga pula. bayangkanlah kalau orang
baru join dibawah kita dan mereka topup RM80 tiap-tiap bulan darab dengan 13% untung kita dapat masa itu RM10.40. kalau dah ramai join sampai 500 orang saya saran anda berhenti kerja dari kerja sekarang buat lah bisnes ini selama-lamanya, sebab apa income anda dah RM5200.



selain dari mencari pendapatan bermacam-macam lagi keistimewaan yang diberikan iaitu Insuran kemalangan  RM100K, setiap kali anda topup ada point diberi untuk tembang percuma airasia, harga istimewa menghinap di Tune Hotel bagi ahli toneplus dan yang terbaik ialah akaun toneplus yang kita buat boleh diwariskan kepada orang tersayang. Jadi kalau di takdirkan kita dah tak ada duit dari bisnes ini tak akan putus macam itu sahaja ia akan diberikan kepada waris kita.

Bisnes toneplus ni bukanlah bisnes skim cepat kaya, kita kena buat perlahan-lahan ibarat pokok kena siram tiap-tiap bulan tunggu dah ada bunga barulah keluar buahnya lepas tu baru kita boleh menuai hasilnya Inshaa Allah. Kita bandingkan dengan simkad yang anda guna sekarang. Contoh maxis ataupun digi selama ini dia pernah bagi duit dengan kita ker? mesti belumkan, apa yang kita dapat anda diberi promosi topup RM30 free 100 sms, lepas tu kita topup tiap-tiap bulan tanpa pulangan semula duit yang kita laburkan ke topup handphone tu. bukankah handphone anda telah menjadi satu beban pada kehidupan anda? jadi saya sarankan ubahlah handphone anda dari Liabilti kepada aset.  Pada hakikatnya telco-telco kesayagan anda diluar sana hanyalah bertujuan untuk kutip duit kita tiap-tiap bulan tanpa memberi perkongsian keuntungan.

Inilah satu-satunya syarikat telekomunikasi yang pertama di dunia memberi perkongsian keuntugan dengan pelanggan-pelanggannya. Hebat orang malaysia :) membuat sistem perniagaan seperti ini, nak tahu lebih lanjut silalah baca di page TONEPLUS ya.....

Ini ialah pendapatan saya tiap-tiap bulan dari toneexcel iaitu simkad keluaran pertama
saya sarankan buat toneplus sebab peratus keuntungan lagi tinggi



Nyayian untuk kaum Hawa berhijab

SubahanaAllah tersentu dengar lagu ini, bagi wanita yang ada niat berhijab jangan malu teruskan
Allah akan bersama kalian :)



Alangkah baiknya klu ada nyayian seperti ini di negara kita.

Saturday 18 May 2013

Siapa Wan Zack Haikal Wan Noor ?


Wan Zack Haikal Wan Noor adalah seorang pemain bola sepak Malaysia yang bermain untuk Harimau Muda A sebagai seorang pemain tengah dan juga penyerang. Beliau adalah ahli pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia bawah-19. Gol beliau yang pertama buat Malaysia bawah-19 adalah menentang Myanmar di dalam Kejohanan Remaja B-19 AFF 2009. Malaysia telah memenangi 2-0 pada masa itu. Wan sebelum ini bermai bagi Felda United FC sebelum dia dipindahkan ke Harimau Muda B. Selepas Harimau Muda B memenangi Liga Premier 2009, beliau dinaikkan ke Harimau Muda A kerana prestasi baik beliau di dalam pasukan Harimau Muda BWan merupakan salah seorang daripada para pemain yang dipilih untuk melibatkan diri di dalam latihan ke Slovakia bagi Harimau Muda A pada 5 September 2010 sehingga 9 November 2010 .

Kelab divisyen tiga Jepun, FC Ryukyu telah menyunting Wan Zack Haikal untuk menyertai kelab tersebut selama dua tahun bersama seorang lagi pemain tonggak Harimau Muda A Nazirul Naim Che Hashim yang mengikat kontrak selama setahun.Pemergian Wan Zack dan Nazirul Naim ke Negara Matahari Terbit itu akan menjadi penanda aras kemampuan pemain negara untuk bersaing di pentas lebih tinggi dan FC Ryukyu tidak menghadapi masalah untuk terus merekrut bakat baru dari Malaysia. Prestasi Wan Zack telah lama di perhatikan oleh Kelab divisyen tiga Jepun, FC Ryukyu untuk bermain di kelab itu. Beliau juga pernah menjalani latihan di Okinawa selama dua minggu dan bakal menyarung jersi bernombor 33.Sejarah tercipta kerana Wan Zack Haikal dan Nazirul Che Hisham merupakan pemain Malaysia           pertama yang bakal bermain dalam Liga jepun.

Cara nak lajukan line internet

Kali ini Daddy nak kongsi cara nak lajukan line internet di rumah atau brodband, tak ada lah laju
sampai macam kilat :) cuma ada perbezaan dari yang asal.

Langkah pertama yang perlu dilakukan

Pergi ke butang " Start "   dan taip di Search "cmd" atau pergi ke All Programs > Accessories > Command Prompt


Kota cmd akan keluar seperti gambar dibawah:


Taip " ipconfig/all " dan tekan di keybord ENTER. Selepas itu cari perkatan Default Gateway dan
ingat nombor Gateway seperti gambar dibawah.


setelah  mengetahui nombor gateway komputer anda sila taip " ping 192.168.1.1 -t" dan tekan ENTER.
Dan seterus layari lah internet seperti biasa tapi cmd jangan dipadam


Selamat mencuba



Friday 17 May 2013

Senarai Menteri Kabinet 2013 Pilihan Datuk Seri Najib


images
  • Perdana Menteri Malaysia : Datuk Seri Najib Razak (Umno)
  • Timbalan Perdana Menteri: Tan Sri Muhyiddin Yassin (Umno)

Senarai Menteri Kabinet 2013 : Menteri Jabatan Perdana Menteri

  • Datuk Seri Jamil Khir Bahrom (Umno)
  • Datuk Seri Idris Jala (Senator)
  • Datuk Seri Abdul Wahid Omar (Senator)
  • Tan Sri Joseph Kurup (PBRS)
  • Puan Hajah Nancy Shukri (PBB)
  • Datuk Joseph Entulu anak Belalun (PRS)
  • Datuk Paul Low Seng Kwan (Senator)
  • Datuk Seri Shahidan Kassim (Umno)
Timbalan Menteri di Jabatan Perdaan Menteri JPM
  • Datuk Razali Ibrahim (Umno)
  • P Waythamoorthy (Senator)

Senarai Menteri Kabinet 2013 : Menteri Kewangan 1

  • Datuk Seri Najib Tun Razak (Umno)
  • Menteri Kewangan II: Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah (Umno)
  • Timbalan Menteri Kewangan: Datuk Ahmad Maslan (Umno)

Senarai Menteri Kabinet 2013 : Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi

  • Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi I : Tan Sri Muhyiddin Yassin (Umno)
  • Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi II: Datuk Seri Idris Jusoh (Umno)
  • Timbalan I: Datuk Mary Yap Kain Ching (PBS)
  • Timbalan II: P Kamalanathan (MIC)

Senarai Menteri Kabinet 2013 : Menteri Pertahanan

  • Menteri Pertahanan : Datuk Seri Hishammuddin Hussein (Umno)
  • Timbalan : Datuk Abdul Rahim Bakri (Umno)

Senarai Menteri Kabinet 2013 : Menteri Dalam Negeri

  • Menteri Dalam Negeri : Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (Umno)
  • Timbalan: Datuk Wan Junaidi Tunku Jaafar (PBB)

Senarai Menteri Kabinet 2013 : Menteri Pengangkutan

  • Menteri Pengangkutan : Datuk Seri Hishammuddin (pemangku)(Umno)
  • Timbalan: Datuk Abdul Aziz Kaprawi (Umno)

Senarai Menteri Kabinet 2013 : Menteri Pelancongan dan Kebudayaan

  • Menteri Pelancongan dan Kebudayaan : Datuk Seri Nazri Abdul Aziz (Umno)
  • Timbalan: Datuk Joseph Salang Anak Gandum (PRS)

Senarai Menteri Kabinet 2013 : Menteri Luar Negeri

  • Menteri Luar Negeri : Datuk Seri Anifah Aman (Umno)
  • Timbalan: Datuk Hamzah Zainuddin (Umno)

Senarai Menteri Kabinet 2013 : Menteri Kerja Raya

  • Menteri Kerja Raya : Datuk Fadillah Yusof (PBB)
  • Timbalan: Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin (Umno)

Senarai Menteri Kabinet 2013 : Menteri Kesihatan

  • Menteri Kesihatan : Datuk Seri Dr S Subramaniam (MIC)
  • Timbalan: Datuk Seri Hilmi Yahaya (Umno)

Senarai Menteri Kabinet 2013 : Menteri Belia dan Sukan

  • Menteri Belia dan Sukan : Khairy Jamaluddin Abu Bakar (Umno)
  • Timbalan : Datuk M Saravanan (MIC)

Senarai Menteri Kabinet 2013 : Menteri Sumber Manusia

  • Menteri Sumber Manusia Datuk Richard Riot Anak Jaem (SUPP)
  • Timbalan: Datuk Ismail Abd Muttalib (Umno)

Senarai Menteri Kabinet 2013 : Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan

  • Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan : Datuk Hassan Malek (Umno)
  • Timbalan: Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah (Umno)

Senarai Menteri Kabinet 2013 : Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri

  • Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri : Datuk Mustapa Mohamad (Umno)
  • Timbalan: Hamim Samuri (Umno)

Senarai Menteri Kabinet 2013 : Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani

  • Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani : Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (Umno)
  • Timbalan: Datuk Tajuddin Abdul Rahman (Umno)

Senarai Menteri Kabinet 2013 : Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi

  • Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi : Datuk Dr Ewon Ebin (UPKO)
  • Timbalan: Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah (Umno)

Senarai Menteri Kabinet 2013 : Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar

  • Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar : Datuk Seri G Palanivel
  • Timbalan: Datuk Dr James Dawos Mamit (PBB)

Senarai Menteri Kabinet 2013 : Menteri Tenaga, Air dan Teknologi Hijau

  • Menteri Tenaga, Air dan Teknologi Hijau : Datuk Seri Maximus Ongkili
  • Timbalan: Datuk Seri Mahdzir Khalid

Senarai Menteri Kabinet 2013 : Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

  • Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah : Datuk Seri Shafie Apdal (Umno)
  • Timbalan: Datuk Alexander Nanta Linggi (PBB)

Senarai Menteri Kabinet 2013 : Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi

  • Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi : Datuk Seri Douglas Uggah Embas (PBB)
  • Timbalan: Datuk Noriah Kasnon (Umno)

Senarai Menteri Kabinet 2013 : Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan

  • Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan : Datuk Abdul Rahman Dahlan (Umno)
  • Timbalan: Datuk Halimah Sadique (Umno)

Senarai Menteri Kabinet 2013 : Menteri Komunikasi dan multimedia

  • Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (Umno)
  • Timbalan: Datuk Jailani Johari (Umno)

Senarai Menteri Kabinet 2013 : Menteri Wilayah Persekutuan

  • Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (Umno)
  • Timbalan : Datuk Dr Loga Bala Mohan A/L Jaganathan (Senator)

Senarai Menteri Kabinet 2013 : Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

  • Datuk Rohani Abdul Karim (PBB)
  • Timbalan: Datuk Azizah Mohd Dun (Umno)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...